TEACHING SKILLS
Friday, 9 December 2011
Tatabahasa (Kata Nama)
Kata Nama Am
Apa itu Kata Nama Am?
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
· orang: ayah, polis, perempuan dll.
· haiwan: ayam, itik, buaya dll.
· benda: televisyen, komputer, bank dll.
· tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
Apa itu Kata Nama Khas?
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
§ benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
§ orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
§ binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
§ tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Biblografi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
http://tutor.net.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=BM&b=JAN&m=2&t=&r=m&i=LAT
Latihan 2
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan.
Contoh Kata Nama Am
Latihan 1
Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
1. | Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo. |
2. | Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. |
3. | Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar. |
4. | Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari. |
5. | Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak. |
6. | Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu. |
7. | Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan. |
8. | Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup. |
9. | Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki. |
10. | Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. |
Latihan 2
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan.
1. | Pegawai tentera itu mempunyai suara garau. |
2. | Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik. |
3. | Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya. |
4. | Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik. |
5. | Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu. |
6. | Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad. |
7. | Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam. |
8. | Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja. |
9. | Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing. |
10. | Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya. |
Kata Nama Am | Kata Nama Khas |
Contoh Kata Nama Am
- Dia sedang menjinakkan seekor gajah
- Gajah itu berbadan besar.
- Bapa saya bekerja di pejabat.
- Kakak saya duduk di dalam bilik darjah.
- Abang sedang memotong buah.
Contoh Kata Nama Khas
- Nama guru saya ialah ialah En.Abdul Azman Bin Mohamad.
- Ibu saya bekerja di Hospital Pantai Puteri.
- Nama sekolah saya ialah Sk. Sri Setia.
- Nama kucing itu ilah Si Putih.
- Buah Rambutan sekilo berharga Rm. 6.00.
Subscribe to:
Posts (Atom)